Menubuhkan Pasukan Brass Band
Bermula dengan pertanyaan guru besar "apakah yang cikgu hendak bawa ke sekolah ini dalam bidang muzik?" telah melahirkan idea untuk menubuhkan satu pasukan yang memberi ruang kepada ramai murid untuk mengambil bahagian dalam satu aktiviti. Maka bermula dari tahun 2011 usaha untuk meletakkan impian tersebut ke alam yang nyata telah mula menampakkan hasilnya. Terima kasih kepada para pelajar di SK Bukit Beruntung 2 yang berani menyahut cabaran agar pasukan brass band menjadi nyata.
Langkah Penubuhan
Persoalan utama yang bermain di fikiran saya ialah bagai mana hendak mencari lagu-lagu yang sesuai untuk persembahan secara ala-brass band. Untuk itu saya telah menetapkan pengajaran di bilik darjah menjurus kepada persembahan. Pengetahuan dan kebolehan murid menguasai not-not asas di dalam baluk telah ditekankan. Ini bertujuan agar mereka mudah memainkan lagu-lagu yang diberi di masa akan datang. Maka akhirnya lahirlah gubahan lagu-lagu yang beranika rentak dalam susunan not yang mudah.
Selain itu keyakinan murid-murid juga perlu diberi untuk menghilangkan rasa gugup mereka apabila berhadapan dengan penonton. Untuk itu ahli pasukan yang saya pilih adalah dari kalangan mereka yang berminat sahaja. Kebolehan mereka menjadi faktor kedua kerana melalui latihan-latihan yang diberi kemahiran mereka akan menjadi mantap. Kesempatan untuk mempertontonkan kebolehan mereka di depan pelajar juga boleh membantu meningkatkan keyakinan mereka. Permainan rekoder pasukan ini telah mula dipertontonkan pada waktu perhimpunan rasmi setiap hari Isnin, dan diikuti dengan majlis-majlis rasmi sekolah secara dalaman.
Akirnya pada temasya sukan SK. Bukit Beruntung 2 pasukan ini telah mempertontonkan persembahan mereka yang pertama. Menggunakan nama Swet Melody persembahan tersebut telah diperkenalkan di sekolah ini.
Ezanee M.S
Pendidikan Muzik Sekolah Rendah (D20112053360)
Wednesday, 12 December 2012
Friday, 16 November 2012
Mata Pelajaran Seni Merangsang Kreativiti Pelajar
Pendidikan dari matapelajaran berbentuk seni seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, merupakan mata pelajaran yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merangsang otak kiri dan otak kanan agar perkembangan intelek mereka berkembang secara seimbang rohani dan jasmani.
Apa pandangan anda setuju atau tidak? Kenapa?
Tuesday, 13 November 2012
Monday, 12 November 2012
Selamat Datang
Ruang ini dicipta bagi memberi peluang kepada para pendidik berkongsi idea dalam membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik demi meningkatkan profesionalisme pengajaran.
Subscribe to:
Comments (Atom)

